Raya datang lagi. Tapi, seperti tahun tahun sebelum ini ianya cuma satu lagi cuti perayaan yang tidak membawa maksud apa pun pada aku.
Setiap kali raya, seperti biasa kenelah minta maaf dan halal daripada kedua ibu bapa aku.Tapi, bila time minta maaf kat bapak aku, aku jadi hipokrit.Aku hanya melakukan nya atas sebab ianya adalah satu daripada rutin dihari raya. Bukan lah sebab aku benar-benar inginkan kemaafan daripada dia.
Selepas perlakuan hipokrit di pagi raya, aku terpaksa pula pergi kerumah nenek-belah-bapak aku yang aku benci kerana mulut celupar tak berinsuran dia.Bukannya aku tidak slalu nerjumpa dengan dia.Jarak rumah kami hanyalah 5-6 minit saja.Sudahlah terpaksa, aku juga terpaksa melakukan kembali perlakuan hipokrit tersebut pada nenek dan makcik-pakcik yang hanya tau melabel aku itu dan ini.
Selapas melepak disana sampai setengah hari baru lah kami akan kerumah nenek favourite aku.Walaupun rumah dia juga tidak jauh mana,tapi dialah orang terpenting hidup dan mati aku.Dialah yang menyayangi aku walaupun aku cucu cibai.
Kemudian, mungkin akan ke rumah beberapa lagi saudara terdekat aku.
Balik kampung?.Tidak pernah dalam sejarah hidup aku yang aku tau aku mempunyai kampung.Kampung orang lain mungkin dipenuhi pokok-pokok atau denai dan sungai. Tapi aku?.Kampung ku dipenuhi oleh hutan konkrit bersungaikan jalan raya.Tapi,diwaktu perayaan seperti inilah Kuala Lumpur menjadi lengang,sunyi dan sepi.
Mungkin inilah definasi raya bagi orang seperti aku.Satu hari cuti untuk mengumpul duit dan menganga seorang diri dirumah sambil berharap teman-teman akan pulang cepat menemani aku yang kebosanan.
Monday, September 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
yeah,satu cuti perayaan yang tidak membawa kepadaku jua..aku juga akan melakukan perkara2 hipokrit seperti itu di pagi raya kali ini,namun selepas itu aku akan kembali ke rumahku syurgaku ini...
Post a Comment