Thursday, February 26, 2009

Apa erti sebuah perkahwinan?.

Apa ertinya sebuah perkahwinan?. Sekarang ni ramai sangat kawan-kawan aku yang bercadang untuk berkahwin. Aku terasa macam dah tua sangat pulak tiba-tiba. Rata-ratanya yang perempuan lah yang nak berkahwin awal. Tapi, apa sebenarnya yang dicari dalam perkawinan itu?. Bila aku tanyer kawan-kawan perempuan aku kenapa macam tergesa sangat nak kahwin jawapan yang diberi bagi aku cukup tidak munasabah. "Aku kahwin pun pasal aku nak lari dari family yang suka sangat kongkong aku". Boleh ke macamtuh?. oklah kalau nak kahwin tuh. Tapi, yang buat aku rasa perkahwinan tuh hanyalah permainan bila kahwin tak kekal. Ada antara kawan aku yang rumah tangga nya hanya kekal untuk 5 bulan saja. Pergh!!..mengalahkan ramai pelakon-pelakon antarabangsa gamaknya!. Apa sebenarnya yang diorang cari nak kawin awal-awal ni?..
Seks ke?. Setakat seks aku tak rasa diorang nie perlu berkahwin pasal rata-rata memang tak pernah kesah pun pasal hubungan bebas. Aku pulak yang pening.

Kenapa aku pulak yang pening?. Mana tak nya. Selama ni aku fikir untuk berkahwin even untuk bertunang pun mesti lah dengan orang yang paling aku sayang. Orang yang aku sanggup buat aku delete semua koleksi porno aku (mesti sambil menangis sambil tekan delete all) atau mengubah perangai gila aku. Tapi sekarang apa yang aku lihat pertunangan bukan lagi tempoh percubaan untuk menjadi suami isteri tapi macam ritual saja. Perkahwinan bukan lagi sesuatu yang boleh dibanggakan tapi hanya permit untuk tidur sekatil tanpa perlu lagi risau pintu akan diketuk orang.

Apakah erti sebuah perkahwinan pada kamu?.

2 comments:

Anonymous said...

yeah aku mahu kahwin dengan orang yang paling aku sayang...ramai juga kawan2 sebaya aku yang kahwin lepas tu ada masalah,and then aku jugak yang dicari...tak faham mereka nie.kahwin disebabkan nafsu kot..atau betul kata kamu,saja mahu permit untuk tidur bersama.mungkin juga seronok kerana majlis perkahwinan itu...mungkin..segalanya berkemungkinan.

zalykha mohd said...

i'll agree with u dear,
byk sgt kwn kite yg kawin awal smpi aku rase kite lak yg mcm dh tua ;P
pape pown kite brempat kene mentain muda ;)
hehehehe...
well what can i say...jodoh diaorg dh smpi,
kite tunggu je laa jodoh kite ek ;)